Tuesday, 10 November 2015

Minggu Keenam

Mengemaskinikan blog

Encik Yusoff memeriksa setiap blog pelajar tutorial untuk memastikan blog kami menepati syarat. Menepati syarat dimaksudkan dengan tiada sebarang unsur sensitif ataupun yang berbaur lucah. Beliau juga memberi tunjuk untuk menambahbaikkan blog kami seperti menggunakan teks yang menarik dan memesan supaya sentiasa kemaskini blog kami setiap minggu

Blog?


           Pada minggu ini kami diarahkan untuk membuat blog. Blog boleh dicipta dengan menggunakan pelbagai perisian seperti blogspot, weebly, wordpress dan lain-lain. Saya memilih blogspot kerana ianya lebih mudah. berikut adalah beberapa langkah untuk membuat blogspot :










Tugasan Kedua

Tugasan Video


Tugasan kedua yang telah diberi oleh Encik Yusoff ialah mencari 10 video teknologi dan inovasi. Syarat yang diberi bagi menyempurnakan tugasan ialah video tersebut mengandungi konsep humor dan berdurasi 1-2 minit. Sumber utama yang telah kami dapat kebanyakkannya dari Youtube. Setelah menonton beberapa video inovasi, saya mendapat banyak pengetahuan tentang teknologi masa kini yang dapat membantu umat manusia seluruh dunia. kebanyakan kerja akan menjadi mudah dengan menggunakan teknologi seperti pendidikan.

Pembahagian Kelas Tutorial

Setelah menghadiri kuliah citra teknologi dan inovasi dalam pendidikan selama 2 minggu, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan tutorial mengikut pensyarah masing-masing. Pada hari tutorial pertama, pensyarah kami Enci Yusoff menerangkan tugas-tugas yang perlu dilakukan sepanjang semester 1sama ada tugas individu ataupun berkumpulan. Tugasan pertama yang diberi ialah mencari 10 gambar teknologi yang diinovasikan pada masa kini. Contoh teknologi yang diinovasikan :

Lawnmower Scooter

Misa Digital Kitara

Proforma Kursus

Melalui pembelajaran teknologi dan inovasi kita dapat

  • Menguasai konsep dan komponen-komponen teknologi dan inovai dalam pendidikan.
  • Menguasai penggunaan pelbagai sumber pembelajaran
  • Mengenalpasti kaedah dan teknik yang sesuai untuk pengajajaran menerusi sumber pembelajaran.
  • Dapat mengenalpasti bidang-bidang  yang boleh dijadikan penyelidikan dalam bidang teknologi dan inovasi dalam pendidikan.

Penilaian yang dilakukan adalah berdasarkan tugasan individu, tugasan kumpulan dan juga peperiksaan akhir.


Wednesday, 21 October 2015

Selamat Datang ke Blog GE2123

Perkembangan teknologi dan inovasi dalam pendidikan memudahkan sesi pembelajaran dan pengajaran :)